8 Kebaikan Vitamin C Untuk Kecantikan

Kenapa vitamin C penting untuk kulit? Vitamin C mempunyai sifat antioksidan dan sangat berperanan dalam pembentukan kolagen, sehingga kehadiran vitamin C tidak dapat dipisahkan dari kulit yang sihat dan cantik. Vitamin C banyak terdapat dalam lapisan dermis dan epidermis dalam kulit normal seperti blok bangunan yang menguatkan antara satu sama lain. Tetapi kerana proses penuaan, kandungan vitamin C dalam badan kita semakin menurun dari hari demi hari. Oleh itu, Vitamin C sangat penting untuk melambatkan proses penuaan. Selain itu terdedah kepada sinaran UV juga boleh menyebabkan Vitamin C dalam badan semakin berkurang. Salah satu cara untuk mendapatkan Vitamin C secara natural adalah dengan mengamalkan makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C. Antaranya ialah oren, strawberi, jambu dan sebagainya. Selain itu, anda juga boleh mengambil sumber Vitamin C dari makanan tambahan/supplement kerana badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C dengan sendiri. Tapi, anda harus ingat,...